Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Sejarah Pelayar Web

Sejarah dunia dipenuhi dengan perebutan kuasa epik, si zalim yang menakluk dunia dan pasukan bukan pilihan yang menjadi wira. Sejarah pelayar web tidak banyak berbeza. Perintis-perintis universiti telah menulis perisian yang ringkas yang mencetuskan revolusi maklumat dan bertungkus lumus untuk mendapatkan penguasaan pelayar serta pengguna internet.

Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Era Sebelum Web

Pada tahun 1950, komputer mengambil seluruh ruangan bilik dan lebih teruk daripada kalkulator poket yang ada hari ini. Tetapi kemajuannya cepat dan menjelang tahun 1960 ia dapat menjalankan program yang rumit. Kerajaan dan universiti di seluruh dunia berpendapat tentu lebih baik jika mesin tersebut boleh bercakap, memupuk kerjasama dan membawa kejayaan saintifik yang cemerlang.

ARPANET merupakan projek rangkaian pertama yang berjaya dan pada tahun 1969, mesej pertama telah dihantar daripada makmal sains komputer di University of California, Los Angeles (UCLA) kepada Stanford Research Institute (SRI), juga di California.

Itu telah mencetuskan revolusi dalam rangkaian komputer. Rangkaian baru terbentuk, menghubungkan universiti dan pusat penyelidikan di seluruh dunia. Tetapi untuk 20 tahun yang seterusnya, internet tidak dapat diakses oleh orang ramai. Ia terhad kepada penyelidik universiti dan kerajaan, pelajar serta syarikat swasta. Terdapat puluhan program yang dapat memperdagangkan maklumat melalui talian telefon tetapi tidak ada satu pun yang mudah digunakan. Internet yang benar-benar terbuka dan pelayar web yang pertama hanya dicipta pada tahun 1990.

Era Web

Saintis komputer Britain, Tim Berners-Lee telah mencipta pelayan web dan pelayar web grafik pertama pada tahun 1990 semasa bekerja di CERN, Pertubuhan Eropah untuk Penyelidikan Nuklear, di Switzerland. Dia menamakan tetingkap baru ke internet itu "WorldWideWeb." Ia merupakan antara muka grafik yang mudah digunakan yang dicipta untuk komputer NeXT. Buat pertama kalinya, dokumen teks telah dipautkan bersama melalui rangkaian awam—seperti yang kita kenali sekarang, web.

Setahun kemudian, Berners-Lee meminta pelajar matematik CERN, Nicola Pellow untuk menulis Pelayar Mod Baris, sebuah program untuk terminal komputer yang asas.

Menjelang tahun 1993, web telah semakin popular. Universiti, kerajaan dan syarikat swasta semuanya melihat peluang dalam internet terbuka. Semua orang memerlukan program komputer yang baru untuk mengaksesnya. Pada tahun itu, Mosaic dicipta di Pusat Kebangsaan Aplikasi Superkomputer (NCSA) di University of Illinois Urbana-Champaign oleh saintis komputer Marc Andreessen. Itulah pelayar web pertama yang popular dan merupakan nenek moyang kepada Mozilla Firefox.

NCSA Mosaic berjalan pada komputer Windows, mudah digunakan dan memberikan sesiapa sahaja yang mempunyai PC akses kepada laman web awal, ruang sembang dan pustaka gambar. Tahun berikutnya (1994), Andreessen mengasaskan Netscape dan melancarkan Netscape Navigator kepada umum. Ia sangat berjaya dan itulah pelayar pertama untuk orang ramai. Ia juga merupakan langkah pertama dalam perang jenis baru bagi pengguna internet.

Peperangan Pelayar

Menjelang tahun 1995, Netscape Navigator bukan satu-satunya cara untuk masuk ke dalam talian. Gergasi perisian komputer Microsoft telah melesenkan kod Mosaic dan membina tetingkapnya sendiri ke web iaitu Internet Explorer. Keluaran tersebut mencetuskan peperangan. Netscape dan Microsoft bekerja keras untuk membuat versi baru program mereka, masing-masing cuba mengatasi yang lain dengan produk yang lebih pantas dan lebih baik.

Netscape mencipta dan mengeluarkan JavaScript, yang memberikan keupayaan pengkomputeran yang kuat kepada laman web yang tidak pernah mereka miliki sebelumnya. (Mereka juga membuat tag <blink> yang terkenal.) Microsoft membalas dengan Cascading Style Sheets (CSS), yang menjadi standard untuk reka bentuk halaman web.

Keadaan menjadi sedikit tidak terkawal pada tahun 1997 apabila Microsoft mengeluarkan Internet Explorer 4.0. Pasukan itu telah membina sebuah huruf "e" yang besar dan menyusupkannya ke halaman ibu pejabat Netscape. Pasukan Netscape segera menumbangkan "e" raksasa tersebut dan meletakkan maskot dinosaur Mozilla mereka di atasnya.

Kemudian Microsoft mula menghantar Internet Explorer bersama sistem operasi Windows mereka. Dalam masa 4 tahun, ia telah memiliki 75% pasaran dan menjelang tahun 1999 ia telah memiliki 99% pasaran. Syarikat itu menghadapi litigasi antitrust atas tindakan tersebut dan Netscape memutuskan untuk membuka sumber pangkalan kodnya dan mewujudkan Mozilla yang bukan untuk keuntungan, yang kemudiannya terus membuat dan mengeluarkan Firefox pada tahun 2002. Atas kesedaran bahawa memonopoli pelayar tidak memberi faedah kepada pengguna dan web terbuka, Firefox diwujudkan untuk memberi pilihan kepada pengguna web. Menjelang tahun 2010, Mozilla Firefox dan yang lain telah mengurangkan bahagian pasaran Internet Explorer kepada 50%.

Pesaing lain muncul pada akhir 90-an dan awal 2000-an, termasuk Opera, Safari dan Google Chrome. Microsoft Edge telah menggantikan Internet Explorer dengan keluaran Windows 10 pada tahun 2015.

Pelayaran Web Hari Ini

Hari ini terdapat hanya beberapa cara untuk mengakses internet. Firefox, Google Chrome, Microsoft Edge, Safari dan Opera ialah pesaing-pesaing utama. Peranti mudah alih telah muncul sejak sedekad lalu sebagai cara yang lebih digemari untuk mengakses internet. Hari ini, kebanyakan pengguna internet hanya menggunakan pelayar dan aplikasi mudah alih untuk masuk ke dalam talian. Versi mudah alih pelayar utama tersedia untuk peranti iOS dan Android. Walaupun aplikasi ini sangat berguna untuk tujuan tertentu, ia hanya menyediakan akses yang terhad ke web.

Pada masa hadapan, internet bakal menjadi sebuah lautan pengalaman interaktif yang jauh berbeza daripada asal-usul hiperteks yang sedia ada. Realiti maya telah pun wujud berdekad yang lalu (sejak Lawnmower Man dan Nintendo Virtual Boy diterbitkan pada 1992 dan 1995), namun internet akan menjadikannya mudah diakses oleh lebih ramai orang. Firefox kini menyokong WebVR dan A-Frame, yang membolehkan pembangun membina laman web realiti maya dengan cepat dan mudah. Kebanyakan peranti mudah alih moden menyokong WebVR dan dapat digunakan sebagai set kepala dengan mudah menggunakan kadbod ringkas. Internet realiti maya 3D seperti yang pernah dibayangkan oleh pengarang fiksyen sains Neal Stephenson akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Apabila ini berlaku, pelayar web itu sendiri mungkin akan hilang sepenuhnya dan menjadi tetingkap sebenar untuk ke dunia lain.

Apa pun yang akan berlaku dengan web pada masa depan, Mozilla dan Firefox akan sentiasa menyokong pengguna, memastikan mereka mempunyai alat yang cukup hebat untuk mendapatkan pengalaman web dan semua yang ada padanya. Web adalah untuk semua orang dan semua orang perlu mempunyai kawalan terhadap pengalaman dalam talian mereka. Itulah sebabnya kami memberikan alatan Firefox untuk melindungi privasi pengguna dan kami tidak pernah menjual data pengguna kepada pengiklan.

Sumber

Kendalikan pelayar anda.

Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox