Pengurus kata laluan percuma
Firefox menyimpan nama pengguna dan kata laluan anda untuk mengakses laman web, mengisi borang secara automatik untuk kesekian kalinya dan membenarkan anda mengurus log masuk tersimpan dengan ciri pengurusan kata laluan yang terbina dalam.
Dengan Akaun Mozilla percuma anda boleh menyelaraskan kata laluan anda dengan selamat di kesemua peranti. Anda juga mempunyai akses kepada lain-lain produk Mozilla yang menghormati privasi anda.
Log masuk mudah dengan kata laluan automatik
Firefox mampu mengisi nama pengguna dan kata laluan secara automatik. Jika anda mempunyai lebih daripada satu log masuk ke satu laman web, anda hanya perlu memilih akaun yang anda mahukan dan izinkan kami mengambil alih yang seterusnya.
Import kata laluan
Gunakan fungsi pengimport bagi mengimport nama pengguna dan kata laluan yang disimpan di Chrome, Edge, Safari atau mana-mana pelayaran yang lain. Pilih kata laluan daripada menu, dan klik "import mereka ke Firefox" di bawah laman Logins & Password.
Jangan guna semula kata laluan lama
Gunakan Firefox mencipta kata laluan yang kuat dan unik untuk setiap log masuk yang anda ada — dengan itu, jika kata laluan anda digodam, hanya satu akaun itu sahaja yang terjejas, bukannya akaun-akaun lain.
Amaran Kata Laluan
Firefox memberi amaran jika kata laluan anda terdedah dalam insiden pelanggaran data agar anda mempunyai masa untuk menukarnya sebelum penggodam menggunakannya untuk membeli sebuah Lambo dengan kad kredit anda.