Mod Pelayaran Peribadi Firefox
Jika anda berkongsi komputer dengan orang lain atau anda mahu hadkan data yang dikumpul oleh laman web ini, gunakan mod pelayaran peribadi Firefox. Pelayaran peribadi memadam jejak digital yang anda tinggalkan semasa anda menggunakan internet — anggaplah ia seperti kesan tapak kaki yang kita tinggalkan di atas tanah.
Apa yang boleh dilakukan oleh pelayar peribadi?
Mod pelayaran peribadi membuka jendela pelayar baru. Sebaik anda menutup jendela pelayar peribadi anda yang terakhir, semua sejarah pelayaran dan kuki penjejak daripada laman web yang anda lawati akan dipadam. Tip Pro Firefox: Jangan lupa menutup semua jendela pelayar peribadi anda sebaik selesai memakai internet!
Apa yang pelayaran peribadi tidak dapat lakukan
Mod pelayaran peribadi tidak akan memadam penanda buku baru yang anda buat daripada jendela pelayar peribadi, atau melindungi anda daripada malware atau virus. Ia juga tidak mencegah laman web yang anda lawati daripada menjejaki lokasi fizikal anda serta menghentikan pembekal internet anda daripada mengelog apa yang anda buat. Anda perlukan VPN yang boleh dipercayai untuk situasi itu.
bandingkan pelayaran peribadi Firefox dengan mod inkognito Chrome.