Terjemahkan laman web dengan Firefox
Antara kehebatan internet adalah ia membolehkan kita mengakses kandungan dari serata dunia. Sama ada artikel, berita, blog, atau pun ulasan peranti terkini, anda boleh mengakses kesemuanya di dalam web yang luas terbentang. Dengan ciri penterjemahan Firefox yang terkini, ia membolehkan sesuatu laman web itu diterjemah berterusan dalam masa nyata.
Pelayar lain bergantung kepada pengkomputeran awan, sebaliknya model penterjemah bahasa Firefox dimuat turun ke dalam pelayar pengguna dan terjemahan dilaksanakan secara tempatan. Mozilla tidak merekod laman web yang anda terjemahkan.
Terjemahan laman web anda kekal peribadi
Apabila terjemahan anda diproses secara tempatan, tiada data daripada peranti pilihan anda meninggalkan peranti itu atau bergantung kepada khidmat terjemahan pengkomputeran awan. Ini bermakna Mozilla tidak tahu laman web apa yang anda terjemahkan dan ini menjadikan ciri penterjemahan kami mempunyai kelebihan berbanding yang lain.
Bahasa apa yang kini disokong?
Bahasa di bawah disokong buat masa ini oleh ciri Terjemahan Firefox:
- Български
- Català
- Čeština
- Dansk
- Deutsch
- Ελληνικά
- English
- Español
- Eesti keel
- suomi
- Français
- Hrvatski
- magyar
- Bahasa Indonesia
- Italiano
- Lietuvių
- Latviešu
- Nederlands
- Polski
- Português
- Română
- Русский
- slovenčina
- Slovenščina
- Српски
- Svenska
- Türkçe
- Українська
- Tiếng Việt
Banyak lagi bahasa lain masih di dalam pembangunan!
Firefox bertutur dalam bahasa anda
Ciri Terjemahan Firefox adalah satu lagi langkah oleh Mozilla untuk mengekalkan keperibadian dan privasi internet demi anda. Mozilla tidak menjejaki laman web yang anda terjemahkan. Dengan jutaan pengguna di seluruh dunia, Mozilla mahu memastikan mereka yang menggunakan Firefox dapat belajar, berkomunikasi, berkongsi dan kekal bermaklumat mengikut kehendak mereka sendiri. Mulakan dengan bahasa pilihan anda dengan memuat turun Firefox.